HUKUM-HUKUM KELONGGARAN KETIKA KECEMASAN DALAM PERUBATAN
|
Daniel Zainal Abidin
Muqaddimah
Hukum Islam ada banyak bahagian-bahagiannya jika hendak diperincikan. Satu
daripadanya ialah hukum azimah dan rukhsah. Hukum azimah ialah hukum pokok
ataupun asal yang telah disyari'atkan oleh Allah, umpamanya tentang kefarduan
puasa Ramadhan keatas setiap mukallaf.
Hukum rukhsah ialah hukum keringanan yang disyari'atkan oleh Allah dalam
keadaan- keadaan tertentu (iaitu ketika dharurat) seperti harus berbuka
puasa Ramadhan ketika sakit. Kita diwajibkan beramal dengan hukum-hukum
azimah melainkan jika wujud suasana ataupun keadaan yang mengharuskan kita
beramal dengan hukum-hukum rukhsah.
Namun sebelum hukum-hukum rukhsah diambil perlulah dipastikan terlebih
dahulu bahawa seseorang itu sedang menghadapi keadaan dharurat. Oleh itu
perlulah kita memahami terlebih dahulu keadaan-keadaan yang disebut sebagai
dharurat itu. Doktor Wahbah Azzahili telah menulis: "Telah berkata Al Jurjani
di dalam 'Takrifat': Dharurat ialah kesusahan yang memudharatkan iaitu
bencana yang tidak ada sesuatu yang boleh mencegahnya.!"
Dan banyak definisi-definisi yang mempunyai maksud yang hampir-hampir sama
yang disebut oleh ulama-ulama dahulu. Di antaranya apa yang disebutkan
oleh Abu Bakar Al Jassas tentang dharurat kelaparan: "Dharurat ini ialah
takutkan kemudharatan menimpa, atau kemusnahan ke atas diri, atau sebahagian
daripada anggota-anggota badan di waktu kelaparan..."
Dan telah berkata ulama-ulama Maliki: "Dharurat ialah takut keatas kehancuran
diri secara pasti (qathi) ataupun berpandukan andaian yang kuat (zhan),
atau takutkan kematian. Dan tidak disyaratkan menanti sehingga maut datang
menimpa akan tetapi cukuplah dengan hanya berpandukan kepada perasaan takut
akan berlaku kehancuran walaupun dengan andaian yang kuat (iaitu zhan)."
Kemudian Doktor Wahbah Azzahili merumuskan: "Dharurat ialah keadaan yang
menimpa seseorang insan di dalam bentuk kemerbahayaan, atau kesusahan yang
mendesak sehingga ditakuti berlakunya kemudharatan, ataupun kesakitan ke
atas diri, atau anggota badan, atau kehormatan, atau akal, atau harta benda
dan yang sehubungan dengannya. Dan diharuskan ketika itu mengambil benda-benda
yang haram ataupun meninggalkan yang wajib ataupun menangguhkannya dari
waktunya semata-mata untuk menolak kemudharatan-kemudharatan daripada menimpa
di bawah naungan syari'at."
Sekiranya hukum-hukum rukhsah ini tidak wujud di dalam Islam dan penekanan
hanyalah kepada hukum azimah (hukum asal), pasti umat manusia akan hancur
binasa ketika berlakunya kecemasan (dharurat). Tetapi syari'at Islam tidak
seperti itu. Di waktu dharurat (kecemasan) syari'at memberi kelonggarankelonggaran
tertentu, itupun mengikut kadar-kadar yang tertentu juga.
Perhatikanlah ayat ini:
"Sesungguhnya diharamkan kepada kamu bangkai dan darah dan daging babi
dan apa-apa yang disembelih untuk yang lain daripada Allah. Tetapi sesiapa
yang
terpaksa tanpa ada kecenderungan dan tanpa melampui batas, maka tidak ada
dosa
keatasnya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "
(Al Baqarah: 173)
Perkara penting yang dapat kita kutip daripada ayat ini ialah, benda-benda
yang diharamkan ini diharuskan pada ketika terpaksa. Itupun tanpa melampui
batas.
Daripada ini lahirlah dua kaedah syari'yah yang penting untuk kegunaan
umat di dalam kehidupan mereka.
Kaedah pertama ialah:
"Kecemasan (dharurat) mengharuskan yang haram."
Akan tetapi pengambilan benda-benda yang haram dimasa dharurat dibatasi
dengan kaedah yang kedua, iaitu:-
"Dharurat diambil sekadar keperluan sahaja."
Menggunakan benda yang haram melebihi kadar keperluan dimasa dharurat adalah
berdosa. Begitulah juga di dalam perubatan Islam, pada ketika-ketika dharurat
dan kecemasan boleh digunakan benda-benda dan cara-cara yang haram sekadar
keperluan. Ini telah berlaku di zaman Ar-Rasul.
Mengikut hadis dari Anas bin Malik:
"Rasulullah telah memberi kelonggaran kepada Abdul Rahman ibn Auf dan Zubair
ibn Awwam memakai sutera, kerana penyakit gatal yang menimpa mereka."
(Bukhari dan Muslim)
Walaupun sutera pada dasamya haram dipakai oleh muslimin lelaki, tetapi
jika tidak ada cara-cara yang halal yang dapat mengubati sesuatu penyakit,
ianya harus digunakan. Ini menunjukkan keharusan berubat dengan cara yang
haram di peringkat kecemasan selepas hilang ikhtiar-ikhtiar lain.
Namun mestilah diingat, bahawa tidak boleh kita dengan senang menggunakan
benda ataupun cara yang haram bertopengkan dharurat (kecemasan) sebelum
berikhtiar mencari yang halal dengan bersungguh-sungguh,
Syarat-Syarat Dalam Pengambilan Hukum Rukhsah
Ketika Dharurat.
Keharusan mengambil hukum rukhsah ketika dharurat bukan boleh dilakukan
sewenang- wenangnya tanpa sebarang kaedah.
Di antara syarat-syarat penting yang mesti dijaga ialah:
1) Bahawa keadaan dharurat itu benar-benar berlaku, bukan sesuatu yang
dinanti- nantikan. Maksudnya telah wujud suatu keadaan di mana kemusnahan
ataupun kehancuran akan menimpa keatas diri ataupun harta benda secara
pasti, ataupun berpandukan Sangkaan yang kuat berdasarkan pengalaman-pengalaman.
Ataupun telah benar-benar wujud suatu keadaan yang akan merosakkan dan
menghancurkan satu diantara lima perkara dharuriyat yang telah disebutkan:
samada agama, nyawa, akal, keturunan, ataupun harta benda. Ketika ini barulah
hukum rukhsah boleh diambil.
2) Telah dipastikan bahawa tidak ada benda-benda halal yang lain Yang boleh
diambil melainkan yang haram sahaja.
3) Jika masih ada benda-bendayang halal, mestilah dipastikan bahawa pengambilan
benda-benda yang halal tidak akan dapat mengindarkan kemudharatan dan kehancuran
daripada menimpa si pesakit.
4) Bahawa seseorang yang terpaksa itu tidak dibolehkan melanggar pnnslp-pnnsip
Islam yang asasi, umpamanya, mejaga hak orang lain, menunaikan amanah dan
lain-lainnya. Umpamanya tidak dibolehkan seseorang yang terpaksa itu berzina,
membunuh, merompak untuk menghilangkan kemudharatan yang menimpa.
5) Hendaklah pengambilan yang haram itu sekadar perlu sahaja, untuk menghilangkan
dharurat yang menimpa. Tidak boleh lebih.
6) Pada waktu pengubatan, pengambilan yang haram ketika dharurat mestilah
dipastikan oleh seseorang doktor yang adil, yang dipercayai tentang agama
dan ilmunya.
ISU 1: Hukum Berubat Dengan Benda Yang Haram
Tajuk ini perlukan perincian. Sebelum kita melihat kepada ijtihad ulama-ulama
tentang perkara ini, marilah kita melihat kepada hadis ini.
"Beberapa orang telah datang ke Madinah. Oleh kerana tidak begitu sesuai
dengan cuaca di situ meraka telah diserangi penyakit. Ar-Rasul lantas menghantar
mereka ke tempat unta-unta sedeqah disimpan seraya bersabda: "Minumlah
dari susunya dan dari air kencingnya."
(Bukhari)
Berhubung dengan hadis ini, Imam Qastalani di dalam kitab 'Irsyadus Sari'
telah berkata: "Dan telah berkata Imam Syafie dan Abu Hanifah dan jumhur
ulama-ulama Islam, air kencing adalah najis kesemuanya melainkan yang dimaafkan.
Ditakwilkan hadis ini sebagai harus meminumnya kerana ubat dan tidak harus
tanpa dharurat. Adapun hadis Ummu Sulaim di mana Ar-Rasul telah bersabda:"Sesungguhnya
Allah tidak menjadikan ubatdaripada bahan yang diharamkanNya." Ditafsirkan
didalam waktu iktiar. Pada waktu dharurat, harus menggunakannya (iaitu
benda benda haram) seperti mana bangkai diharuskan untuk yang terpaksa!"
Jelas dengan hadis ini tentang keharusan menggunakan najis seperti air
kencing unta (yang dihukumkan najis oleh kebanyakan ulama) ketika berubat
di waktu dharurat.
Di dalam 'Al Hidayah Al Alaiyah' ada disebutkan: "Harus berubat dengan
yang haram, jika diyakini bahawa ia boleh menyembuhkan dan ketika tidak
ada ubat-ubat lain. Adapun dengan sangkaan semata-mata(iaitu tidak yakin),
tidak diharuskan. Dan perkataan seorang tabib semata- mata tidak membawa
kepada sesuatu yang yakin."
Di dalam kitab 'Mughni Muhtaj' ada disebutkan: "Harus berubat dengan najis
seperti daging ular dan air kencing untuk mencepatkan kesembuhan dengan
syarat tabib yang memberikan ubat itu mestilah seorang Muslim yang adil
ataupun yang berpengetahuan tentang cara pengubatan dengan menggunakannya,
asalkan kadar yang digunakan sedikit sahaja dan tidak sampai memabukkan."
Imam Al Izz ibn Abdul Salam di dalam kitab'qawaidul Ahkam' telah berkata:
"Harus berubat dengan najis-najis jika tidak didapati ubat-ubat yang bersih
sebagai pengganti, sebat maslahat sembuh dan kesejahteraan lebih menyempurnakan
daripada maslahat meninggalkan penggunaan najis."
Adapun tentang daging babi, ada ulama-ulama yang tegas di dalam memberi
hukum. Di dalam kitab 'Al Hidayah Al Alaiyah' ada disebutkan: "Adapun daging
babi, tidak diberikan kelonggaran untuk berubat, walaupun dia saja yang
ditentukan sebagai ubat."
Telah berkata Sahnun di dalam tafsir Qarthubi: "Tidak boleh berbuat dengan
babi."
Adapun tentang pengubatan dengan menggunakan arak ketika dharurat telah
berkata Imam Al Izz ibn Abdul Salam:'Tidak harus berubat dengan arak mengikut
pendapat yang lebih sahih melainkan jika diketahui ia dapat menyembuhkan
dan tidak ada ubat-ubat lain."
Di dalam kitab 'Al Bahru Al Zukhar' telah disebutkan: "Yang lebih hampir
ialah harus berubat dengan arak jika dikhuatiri si pesakit akan binasa
ataupun akan binasa salah satu daripada anggota-anggota badannya yang dapat
dihindarkan jika penyakitnya dapat disembuhkan."
Di dalam 'Arraudhah' telah tertulis: "Harus berubat dengan arak kerana
dharurat secara mutlak."
Telah berkata Imam Abu Hanifah: "Harus berubat dengan arak dengan meminumnya!"
Pendapat ini disokong oleh Qadhi Attabari dari mazhab Syafie dan Imam Atthauri.
Sheikh Abdullah Nasih Ulwan telah merumuskan: "Nas-nas yang diutarakan
merupakan dalil-dalil yang jelas tentang keharaman penggunaan arak seperti
untuk berubat. Adapun setengah-setengah ubat yang terpaksa dicampurkan
dengan alkohol kerana dharurat untuk memeliharanya daripada rosak umpamanya,
adalah harus menggunakannya untuk berubat sekira diketahui bahawa sesuatu
hanya boleh baik dengan menggunakannya. Tetapi ini mestilah dipastikan
oleh seorang doktor muslim yang mahir, yang takut kepada Allah masa tersembunyi
ataupun berterang-terangan.''
Untuk memperincikan fatwa-fatwa yang telah dinukilkan, elok rasanya kita
mengamati bahan-bahan yang telah dituliskan oleh Doktor Abdul Karim Zaidan:
"Ulama-ulama fiqh telah memberi pandangan-pandangan mereka tentang masalah
pengubatan dengan benda yang diharamkan Allah, samada daripada bahan bernajis
ataupun bahan-bahan yang tidak bernajis yang lain. Ada diantara mereka
yang melarangnya, ada yang mengharuskan, dan ada pula yang memperincikan
hukumnya. Bagi tiap-tiap pandangan yang mereka utarakan ada dalil-dalilnya
......."
Kemudian beliau memperincikan perkataan ulama-ulama berhubung dengan perkara
ini: "Disini mazhab Hanafi: diharuskan berubat dengan yang haram jika diyakini
tentang kesembuhannya, yang akan berlaku. Sekiranya tidak, tidak harus
berubat dengannya. Telah berkata Imam Al Kasani di dalam 'Badai' nya: "berubat
dengan yang haram harus ketika diyakini kesembuhannya sama seperti (keharusan)
memakan bangkai ketika kelaparan dan meminum arak ketika tersangat dahaga
dan untuk menghilangkan suapan yang terlekat di kerongkong. Dan tidak harus
jika tidak diyakini kesembuhan dengannya......"
Dan disisi mazhab Syafie: mereka membezakan diantara arak bahan-bahan haram
yang lain. Di sisi mereka, harus berubat najis-najis dan bahan-bahan haram
yang lain melainkan Inilah pandangan mazhab itu dan inilah yang diputuskan
oleh ulama Syafie..!
Adapun arak, mereka mengharuskannya ketika hendak menghilangkan suapan
yang terlekat di kerongkong jika tidak ada bahan-bahan lain yang suci!
Akan tetapi mereka bertelingkah pendapat tentang keharusan berubat dengannya
dan dengan bahanbahan yang memabukkan yang lain. Jumhur ulama Syafie tidak
mengharuskannya· Pandangan mereka ini adalah pendirian mazhab dan
yang sahih disisi mazhab Syafie. Kami berkata, sesungguhnya meminum arak
dan bahan yang memabukkan dilarang oleh jumhur ulama Syafie dan diharuskan
oleh segelintir yang lain.
Adapun yang zahir dari perkataan ini, yang dilarang oleh Imam Syafie ialah
meminumnya sehingga kadar yang memabukkan. Dan perkataan jumhur ulama Syafie
yang melarang berubat dengan arak dan bahan-bahan yang memabukkan maksudnya,
pada pengamatan kami diharuskan diatas kadar yang tidak memabukkan bukan
diatas kadar yang memabukkan. Adapun ulama-ulama: Syafie yang mengharuskan
berubat dengan arak, membawa makna, mereka mengharuskannya, samada ianya
memabukkan atau tidak sampai memabukkan.
Selepas mengkaji dan memperincikan perbezaan pendapat ini, kami berpendapat
bahawa perbezaan ini suatu perbezaan yang kurang penting. Ini disebabkan
kebiasaannya (dimasa ini), kewujudan arak di dalam ubat-ubat adalah didalam
kadar yang sedikit, dan jarang- jarang sekali diambil dan jika diambil
pun amat sedikit sekali tidak sampai memabukkan. Lantas meminumnya ketika
diperlukan adalah diharuskan......!
Kemudian beliau membincangkan penggunaan ubat-ubat Yang bercampur dengan
alkohol yang banyak terdapat di masa ini. Katanya: "Terdapat ubat-ubat
Yang dicampuri di dalamnya bahan-bahan alkohol dan bahan-bahan yang boleh
memabukkan Yang lain. Adakah harus kita mengambilnya ataupun tidak? Jawapannya:
Jika pada ketika kesakitan yang ditahap dharurat, diharuskan dengan syarat-syarat
yang telah disebutkan. Adapun jika tidak sampai ketahap dharurat, umpamanya
wujud sesuatu hajat pada penggunaan ubat-ubat ini, dan tidak sampai ke
tahap dharurat, adakah diharuskan juga? Yang zahir bagi saya ialah diharuskan.
Ini dikiaskan pada apa yang difatwakan. Umpamanya oleh AUtasani di dalam'Al
Badai': "Sesungguhnya najis sekiranya berubah dan bertukar sifat-sifat
dan maknanya, maka terkeluarlah ia dari kenajisannya..."
Dan telah berkata Ibn Hazmin: "Sekiranya telah berubah sifat asal sesuatu
bahan najis ataupun haram, maka terbatallah namanya yang asal yang telah
ditetapkan hukumnya dan jadilah ia bahan lain yang halal dan suci.......!
Dengan itu alkohol dan bahan yang memabukkan yang lain andaikata dicampurkan
sedikit di dalam ubat sehingga ia melarut di dalamnya sehingga hilang kesannya,
baunya dan rasanya maka hukumnya adalah sama seperti hukum najis yang bertukar
sifatnya.......!
Adapun tentang hukum menggunakan bahan-bahan bius (anasthesia), umpamanya
untuk pembedahan, telah berkata ulamaulama Hanafiyah: ".........Dan tidak
-- ada kesalahan meminum sesuatu yang menghilangkan akal untuk memotong
kudis yang memakan badan (gangrenous ulcer) dan yang sehubungan dengannya."
Dengan ini jelaslah keharusan menggunakan alat-alat dan ubatubat bius untuk
pembedahan, walaupun ianya menghilangkan akal.
Satu persolan yang sering dihadapi oleh doktor-doktor sekarang ialah, adakah
harus memberikan ubat-ubat yang diharamkan bahan- nya kepada pesakit, semata-mata
untuk mencepatkan kesembuhan- nya? Telahberkata Dr. Abd. Karim Zaidan:
"Sekiranya ketentuan ini dibuat oleh seorang doktor muslim yang adil, maka
telah berkata Imam Annawawi: Tentang keharusannya ada dua pandangan......
Dan yang paling sahih ialah diharuskan. Dan sesungguhnya Im- am Syafie
telah menegaskan tentang keharusannya di dalam hal ini, daripada perkataannya
di dalam Al Umm." 75
Moga-moga bahan-bahan ini akan memanfaatkan kita bersama.
Kesimpulannya:
Tidak harus berubat dengan bahan-bahan yang telah diharamkan disetiap keadaan.
Wajib berikhtiar untuk men- dapat ubat yang halal ketika berubat.
Keharusan untuk berubat dengan benda yang haram hanyalah pada ketika dharurat:
iaitu ketika diyakini sipesakit akan binasa atau pun akan binasa salah
satu daripada anggota-anggotanya, jika tidak diubati dengan menggunakan
benda-benda haram kerana sudah tidak ada ubat-ubat lain.
iii) Keharusan ini hanyalah setakat kadar yang diperlukan un- tuk menyembuh
penyakit sahaja.
iv) Ketentuan tentang keadaan dharurat untuk menggunakan benda-benda
yang haram mestilah ditentukan oleh seorang doktor Muslim yang adil, serta
mahir didalam bidang perubatan.
v) Kesemua ini memerlukan satu lagi syarat, iaitu umat Islam mestilah
berusaha untuk mewujudkan ubat alternatif yang halal dengan berusaha bersungguh-sungguh.
iv) Harus juga berubat dengan yang haram jika diyakini ini akan mencepatkan
kesembuhan sesuatu penyakit.
ISU 2: Merawati Yang Bukan Mahram Dan Melihat
Auratnya.
Islam mengharuskan seseorang merawati yang bukan mahram dan melihat auratnya
pada ketika dharurat,
Nas berhubung dengan ini ialah riwayat dari Rubayyi' binti Muawwiz. Katanya:
"Kami telah ikut berperang bersama Rasulullah dan bertugas melayani dan
memberi minum tentera-tentera (yang luka) dan menghantarkan jenazah dan
orang-orang luka ke Madinah."
(Bukhari)
Di dalam riwayat yang lain
"Ummu Salamah telah meminta izin kepada Ar-Rasul untuk berbekam, maka Ar-Rasul
pun menyuruh Abu Thaibah untuk melakukan bekam itu."
(Bukhari)
Telah berkata Al Hafiz di dalam kitab Al Fatah': "Diper- bolehkan mengubati
orang-orang berlainan jenis di waktu dharurat.
Dan hal-hal yang berhubungan dengan melihat, memegang dengan tangan hendaklah
dilakukan sekadar perlu sahaja." 76
Berkata Ibn Hamdan: "Jika tidak ada yang akan mengubati seseorang pesakit
lelaki melainkan doktor wanita, ia boleh melihat pada anggota pesakit yang
perlu dilihatnya, walaupun pada. kemaluannya." 77
Walau bagaimanapun ulama-ulama Islam telah meletakkan beberapa syarat berhubung
dengan keharusan doktor lelaki merawati pesakit-pesakit wanita yang bukan
mahram (dan begitulah sebaliknya). 78
i) Doktor berkenaan mestilah bertakwa, beramanah, adil dan mempunyai
ilmu dan kemahiran.
ii) Jangan dibuka dan dilihat kepada anggota lain yang tidak diperlukan.
iii) Tidak ada doktor wanita lain yang dapat mengambil alih tugas seseorang
doktor lelaki itu samada kerana ilmunya atau pengkhususannya.
iv) Di masa proses pengubatan mestilah hadir bersamanya mahramnya, atau
suaminya ataupun wanita lain yang dipercayai.
v) Janganlah dirawati oleh seorang doktor lelaki kafir sedangkan masih
ada seorang doktor lelaki Muslim.
Sesungguhnya kesemua ini tidak akan dapat dilaksanakan jika tidak wujud
kesedaran Islam yang mendalam di kalangan umat masa kini.
ISU 3: Hukum Pengguguran dan lain-lain.
Begitulah juga dengan perkara-perkara yang lain seperti masalah pengguguran
anak, boleh dilakukan ketika dharurat seperti ketika siibu sedang mengidap
penyakit-penyakit yang mengancam nyawanya yang memerlukan pengguguran dilakukan.
Begitulah juga dengan masalah memasukkan darah orang- orang kafir ke dalam
badan orang-orang Islam. Boleh dilakukan pada ketika dharurat, jika tidak
ada pilihan lain. Dan begitulah hen- daknya dengan perkara-perkara kecemasan
yang lain.
Walaubagaimanapun ketetapan bahawa sesuatu itu telah sam- pai ke tahap
dharurat yang memerlukan hukum-hukum rukhsah mestilah ditentukan oleh seorang
doktor Muslim yang adil dan mahir.