SEJARAH PENUBUHAN PPIM

Pendahuluan

Assalamualaikum wrt.

Idea mewujudkan Persatuan Perubatan Islam bermula pada pertengahan tahun 1989 dan seterusnya jawatankuasa penaja telah diwujudkan untuk membuatt persediaan penubuhan PPIM. Dengan pertolongan Allah swt. Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) telah dilulus pendaftarannya pada 1 Ogos 1990 bersamaan 10 Muharaam 1411 hijrah.

Status PPIM

Persatuan Perubatan Islam adalah sebuah persatuan bebas, non-profit dan bukan bermotif politik bertujuan untuk memberi perkhidmatan kemanusiaan dan perubatan sesuai dengan ajaran Islam.

Motto PPIM

Moto Persatuan Perubatan Islam ialah "Al-Hidayah, Al-Syifa', Al-Rahman"
(Pertunjuk, Penawar, Rahmat)

Emblem

The globe drawn in grafic art:
Symbolises the universal family of man.
(The colour blue is usually associated with love).

A pair of hands in an open gesture to the right and to the left of the globe drawn in graphic art:
Symbolises the quest for guidance from Allah The Most Merciful; the hands that treat; the touch of mercy; for all man;
(The colour blue is usually associated with love).

A red crescent drawn in graphic art: The Islamic symbol for international medical service.

1990: The year of formation of the Association
 

KATA-KATA ALUAN

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Saya bersyukur pada hari ini dengan tertubuhnya Persatuan Perubatan Islam Malaysia. Saya percaya Persatuan ini akan memainkan peranan penting dalam perkembangan perkhidmatan perubatan dan juga perkembangan pendidikan dan penyelidikan perubatan di Malaysia.

Sebagai satu disiplin yang secara terus berhadapan dengan orang perseorangan dan masyarakat, terdapat banyak masalah etika yang perlu dirumuskan dalam perubatan. Perkembangan-perkembangan terbaru pula membawa cabaran yang lebih terhadap persoalan etika.

Sebagai satu agama yang antara lain membawa penyelesaian pada masalah masyarakat, persoalan etika ini perlu diselesaikan mengikut kacamata Islam. Di sini Persatuan ini perlu memainkan per anan yang penting.

Perkembangan ilmiah tidak dapat dipisahkan dari penyelidikan. Dengan ini Persatuan ini juga perlu rnenitikberatkan kepada penyelidikan dengan memberi galakan kepada ahli-ahli berkecimpung dalam bidang penyelidikan. Usaha-usaha seperti ini akan melahirkan sarjana-sarjana Islam dalam perubatan yang meneruskan budaya keilmuan Islam dalam bidang perubatan sebagaimana yang telah dipelopori oleh sarjana-sarjana Islam di masa-masa lampau.

Akhir kata, penubuhan Persatuan Perubatan Islam Malaysia ini merupakan satu nafas baru untuk perkembangan perubatan annya dan sebagai daya penggerak kepada sumbangan sarjana-sarjana Islam kepada perkembangan itu. Saya doakan agar usaha-usaha ini diberkati Allah dan dapat dijalankan dengan berkesan. Saya percaya segala usaha baik itu akan mendapat sokongan.

Anwar Ibrahim

27hb November 1990
l0hb Jamadilawal 1411
 

Kata Kata Aluan Daripada Presiden PPIM

24 hb. Nov 1990
9 Jamadil Awal 1411

Assalamualaikum w.b.r

Saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya maka tertubuhlah Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) pada 1 hb. Ogos 1990 bersamaan 10 Muharram 1411.

Syabas saya ucapkan kepada para penggerak yang telah bersama-sama berusaha untuk tujuan tersebut.

Matlamat dan tujuan PPIM adalah jelas. Saya percaya PPIM akan memainkan peranan yang penting masakini supaya masyarakat tidak keliru dengan maksud sebenar "perubatan Islam".

Saya percaya PPIM akan menjadi platfom bagi doktor-doktor Islam yang akan dihormati oleh masyarakat. Ini terpulanglah kepada kita semua memainkan peranan masing-masing untuk mencapai cita-cita murni PPIM.

Penubuhan persatuan mi tidak bermaksud untuk memencilkan diri dan pengamal perubatan yang lain. Kita bersama-sama berusaha menuju kearah kesejahteraan sejagat berlandaskan Al Quran dan Hadith. Saya percaya dengan pelancaran dan forum ini kita akan bersama-sama mendapat menafaat dari program tersebut. Akhir kata saya bagi pihak AJK (Penaja) mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah berusaha menjayakan penubuhan serta pelancaran PPIM. Kami juga amat berbesar hati atas sumbangan dan sokongan dan para dermawan. Saya percaya usaha ini tidak akan disia-siakan.

Wassallam.

Dr.Ishak Md Sood
Presiden (AJK Penaja)

Jawatankuasa Penaja PPIM

Penaung : YB Datuk Seri Anwar Ibrahim  Menteri Pendidikan Malaysia

Presiden:               Dr.Ishak Md Sood
Naib Presiden:       Profesar Madya (Dr) Md Tahir Azhar
Setiausaha:            Dr.Abdul Rahim Mahamad
Bendahari:             Dr.Raymond Azman Ali
Ahli-Ahli Exco:      Dr.Syed Hassan Al Mashoor
                             Dr.Abdul Hamid Abdul Rahman
                             Dr.Khalid Yusoff
                             Dr.Mohd Hatta Shahrom

  Abstrak Forum

Islamic Medical Practice: Ideals and Realities
by Maher M. Hathout, M.D. FRCPG

The practice of modern medicine is to a great extent, the outcome of the Islamic scientific revolution.

This revolution was inspired at a turning point in the development of human intellect, when exploration, pondering, thinking, reasoning, and discovery became religious ordinances.

Within this context, medicine transformed into a science based on experiment, observation, deduction and conclusion.

Ideally, this should develop within the Islamic comprehensive view of life, where the science of medicine is continuously enhanced by the call of the Quran for a rational and scientific approach, while the practice of medicine should be guided and controlled by the general Islamic values of promotion of life, alleviation of sufferlng and upholding human dignity.

The reality of medical practice today has been separated from these divine sources and cut loose from the divine guidance, submitting itself to the prevailing relative humanism and limited materialism.

The consequences have become threatening to the very goals that medicine is supposed to achieve.

There is now an outcry for self criticism and for ethical controls. The role of muslim physicians today is not only available, but is actually demanded.

Sincerely,
Maher Hathout