PPIM Pantai Timur

Cabaran dan perancangan masa depan.

Satu ‘syura’ telah diadakan dengan beberapa orang AJK PPIM Pantai Timur yang aktif dimasa lalu beserta wakil pelajar dan paramedik yang dipengerusikan oleh penyelaras PPIM Pantai Timur Dr Amaluddin Ahmad. Ia adalah bertujuan untuk mendapat pandangan dan maklumbalas dalam memperjelaskan kembali dan mengambil satu keputusan bersama mengenai arah haluan PPIM Pantai Timur untuk sessi 2000-2002 seterusnya nanti menggariskan program-program dan aktiviti yang bakal dijalankan.

Berikut adalah ringkasan dan sedutan dari isi perbincangan yang dapat dirumuskan dalam sessi ‘syura’ tersebut.
 

Pendahuluan.

PPIM pantai timur sehingga kini telah memainkan peranan sebagai satu NGO yang berkesan dan diterima baik oleh masyarakat melalui khidmat kesihatannya dan oleh kerajaan negeri melalui kerjasama yang dihulurkan dimasa yang lalu.Walaubagaimanpun penglibatannya melaui wadah sesuatu parti politik beserta kenyataan dan pendirian PPIM Pusatdalam isu-isu nasional telah sedikit sebanyak memberikan gambaran bahawa PPIM seolah-olah amat cenderung kepada pembangkang.Dasar kerjasama rapat dengan parti tertentu semasa menghadapi pilihanraya yang lepas juga telah menyaksikan bahawa PPIM dianggap sebagai alat atau sebahagian jentera parti berkenaan. Ini tidak pula bermakna bahawa kita kesal atau tidak bersetuju sepenuhnya dengan imej sedemikian tetapi kita rasakan perlu untuk menoleh semula kebelakang dan membuat penilaian semula aktiviti-aktiviti kita supaya kita kembali kepada semula kepada dasar dan matlamat utama perjuangan kita.

Untuk tujuan ini kita perlu meneliti semula cabaran-cabaran yang kita yang kita hadapi dalam merangka arah haluanaktiviti dimasa hadapan.

Cabaran yang menanti kita dimasa akan datang bolehlah digariskan seperti demikian:

1. Mengisi kemenangan kerajaan yang berteraskan Islam.

Era pilihanraya telah berlalu.Kita telah pun memberi sumbangan sedaya mungkin dalam sama-sama bekerja kearah menegakkan Deen Allah. Kita telah memberi khidmat terbaik tanpa mengharapkan sebarang ganjaran malah dalam rangka melaksanakan tugas tersebut membelanjakan masa ,tenaga dan wang ringgit sendiri. Kuat nya kita bekerja sehingga ada ahli beranggapan kita telah ‘diabuse’ untuk melaksanakan program yang pada hakikatnya diatur oleh pihak lain. Hasilnya jelas,samada diiktiraf sumbangan kita atau tidak-semua kawasan yang kita masuk membuat khidmat masyarakat mencapai kemenangan dan kawasan yang kalah dalam pilihanraya yang lepas adalah kawasan yang tidak sempat kita lawati.

Kita akan meneruskan dasar membina dan bekerjasama kearah kebaikan, menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan berpandukan kepada kefahaman Islam yang syumul,sahih dan jelas.

Walaubagaimana pun matlamat dan tumpuan kita kini adalah untuk menekan kan kepada dakwah dan tarbiah.

Ini juga bergantung kepada kesediaan kerajaan yang memerintah untuk memberi kita tempat,ruang dan peluang untuk sama-sama berperanan dalam membina masyarakat.

2. Menyatupadukan semua ahli .

Terdapat anggapan bahawa PPIM Pantai Timur dimonopoli oleh satu golongan tertentu sehingga hanya mereka yang dikenal sebagai kelompok itu saja yang aktif tampil giat dalam aktiviti yang dijalankan. Anggota lain pula samada menyepi atau tidak melibatkan diri kerana tidak mahu dilihat sebagai sebahagian dari ahli kelompok tersebut.. Perlu kita perjelaskan kembali bahawa PPIM adalah pentas beramal.Kita menggunakan platform PPIM untuk melaksanakan dakwah ,menerangkan Islam syumul dan bekerja kearah menegak kebenaran dan mencegah kemungkaran serta menegakkan makruf akhbar dan menghapuskan mungkar Al-Akhbar.
 

Semua ahli- yang penuh atau bersekutu ,malahan semua medik dan paramedik adalah layak untuk mendaftar dan bergiat dalam aktiviti PPIM,tidak kira dari kelompok atau golongan mana mereka berada asalkan matlamatnya ialah menegakkan Islam.
 

Oleh itu kita ingin merencana kan semula supaya keahlian dan penglibatan yang lebih menyeluruh dari segenap lapisan ahli dan bakal ahli, medik dan paramedik-pelaja-pelajar,doktor di USM, swasta dan kerajaan, kumpulan sokongan –jururawat, pembantu perubatan dan lainnya, serta mana –mana pihak lain yang berminat untuk turut serta.

3.Melaksana dan memperjelaskan konsep Perubatan Islam.

Isu ini telah banyak kali dibincang dan dilujnahkan. Pertembungan masih terdapat disana-sini mengenai perubatan moden vs perubatan tradisional, allopathy vs hemopati, perubatan fizikal vs perubatan batin dsb.Kita ingin memperjelaskan pendirian bahawa Islam menekankan bahawa manusia tercipta dari komponen jasad, mental dan ruh.Setiapkomponen mempunyai keperluan nya sendiri dan boleh mengalami penyakit. Bagaimana pun sunnah Allah di alam ini berlaku melalui hukum sebab dan akibat,kefahaman berasakan andaian,tahyul, prasangka dan tidak diperjelaskan samada dari dalil naqli atau akli tidak dapat diterima sebagai sebahagian dari perubatan Islam.

Cabaran utama kita ialah mengislahkan masyarakat dalam konsep dan persepsi mereka terhadap penyakit dan tidak mudah tertipu dengan pembohongan yang banyak dibuat oleh mereka yang mengaku alim dan bijak dalam semua atau satu penyakit tertentu.Kita juga mahu supaya masyarakat diangkat paradigma mereka supaya mementingkan gaya hidup sihat,membuat pencegahan awal penyakit dan segera mendapatkan rawatan yang betul bila dihinggapi penyakit.

Pelajar perubatan pula perlu didedahkan kepada etika perubatan Islam supaya tidak melihat profession perubatan dari aspek keuntungan duniawi sahaja dan melihat pesakit sebagai ‘barang kes’Pergantunggan kepada Allah dalam setiap amal dan ikhtiar kita juga perlu ditekankan supaya kita jelas bahawa kita sebagai hamba Allah yang serba daif dan lemah ini hanya mampu berikhtiar sahaja tetapi Allah lah yang nanti akan menentukan natijahnya.Selain dari itu ,kita perlu menggunakan kemahiran kita sebagai suatu amanah yang perlu dilaksanakan tuntutan dan tanggungjawabnya.

3. Menerangkan konsep Islam syumul.

Semua aktiviti dan kerja yang kita laukan akan menjadi sia-sia ( Habaan manthura) bak debu beterbangan jika ia tidak diasaskan atas aqidah tauhid-mentaabud diri secara syumul kepada Allah dan bermatlamat menegakkan Deen Allah dimuka bumi dan mengharapkan keredhaanNya dikemudian hari.Apa lah sangat kerja amal yang kita lakukan jika dibanding dengan amalanpara aulia’,sahabat dan tabiin tetapi dengan amal yang sedikit itu kita telah mampu bermegah diri dan mendabik dada mengatakan kita telah berperanan besar dalam masyarakat!Cabarannya ialah untuk memahamkan diri kita sendiri dan kemudiannya menyampaikan kepada orang lain ( Asleh nafsaka wad’u ghairaka) Perbaikilah diri kamu dan ajaklah orang lain.Kita perlu kembali kepada asas dakwah dan tarbiah jika kita hendak amalan kita ini bernilai disisi Allah dan dikira sebagai amal soleh.

4. Menjalinkan kerjasama dengan badan NGO tempatan dan antarabangsa,badan berkanun dan kerajaan.

Dalam rangka kita melaksanakan pelbagai aktiviti kita demi mencapai matlamat yang digariskan,tidak dapat tidak kita perlu menghulurkan tangan dan bekerjasama dengan pihak –pihak lain seperti badan NGO, swasta dan kerajaan asalkan kerjasama itu diasaskan kepada memenuhi matlamat menegakkan Deen Allah.Kita perlu menjalinkan hubungan lebih erat dengan pelbagai agensi supaya kita dapat memainkan peranan lebih berkesan dan meluas,dalam dan luar negara dan sama-sama menyumbang kearah menegakkan yang Hak dan mencegah yang batil. Pengalaman badan dakwah professional Kristian contohnya telah memperlihatkan bahawa dengan kerja gigih mereka telah dapat mengkristian kan ramai penduduk mukabumi ini malah yang lebih mencabar sekarang ialah mendakwah pula kepada mereka yang lahir dikalangan keluarga Islam.Lihat saja apa yang telah terjadi di Indonesia yang merupakan Negara Islam terbesar didunia tetapi hampir dikucarkacirkan oleh penduduk kristiannya. Yang Islam pula tinggal nama tanpa amalan ,malah ramai yang mengekalkan nama Islam tetapi dah kegereja dan kuil untuk membuat penyembahan.

Jangan kita alpa dan menyangka ia tidak sama sekali berlaku ditanahair kita Malaysia.Kadar murtad dikalangan muda mudi amat membimbangkan ( di mana-mana negeri sahaja ada permohonan tukar agama!) . Ini ialah kerana jiwa mereka kosong dari Nur Islam dan tidak mengenal Allah sebagai Rabb dan Illah dan tidak mengenal matlamat mereka diciptakan dan didatangkan kedunia ini serta apa kesudahan hidup kita ini.

Kita perlu jelas, kemahiran perubatan adalah wasilah atau alat, ia bukan matlamat. Jika kita sesat dalam pengertian ini tiadalah kita ini berbeza dengan mana-mana doktor/paramedik yang ada di Malaysia ini, baik kita bergabung saja dengan MMA dan kehadiran PPIM sebagai satu entiti tersendiri menjadi tidak relevan.Oleh itu dalam setiap tindakkan dan aktiviti kita kita tidak boleh lupa kepada matlamat berubudiyah kepada Allah sebagaimana firman Nya dalam surah 

Az-Zariat : 36 “ Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk berubudiyah ( menghambakandiri ) kepadaKu.”

Dalam rangka menagani cabaran-cabaran tersebut dan mencapai matlamatyang terkandung didalam perlembagaan PPIM kita telah menggariskan keperluan kepada aktiviti-aktiviti berikut untuk dilaksanakan dalam tempoh 2 tahun akan datang.

1. Membership drive.

 

Dengan matlamat yang telah diperjelaskan yang memfokus kepada dakwah dan tarbiah masyarakat, kita perlu membuat membership drive yang lebih menyeluruh untuk mendaftarkan sebanyak mungkin ahli untuk bergiat di pentas PPIM. Ini termasuklah doktor-doktor dari sektor swasta dan MOH, paramedik dan kumpulan sokongan dan pelajar-pelajar Perubatan. Satu roadshow akan dirancang untuk berjumpa dengan target group. Untuk tujuan ini kita ingin menganjurkan satu seminar/ forum Perubatan Islam dan menjemput tokoh-tokoh yang terkenal dalam bidang ini untuk memberikan pandangan-pandangan mereka dan penjelasan mengenai konsep Perubatan Islam.

 

Pendaftaran akan juga dibuat melalui penyebaran leaflets beserta borang keahlian dan pendaftaran secara online di website PPIM.Senarai terkini untuk memperkemaskan jenterapersatuan juga akan diminta dari PPIM Pusat.

 

Satu ‘mini AGM’ atau perjumpaan Perdana ahli PPIM juga akan diadakan untuk membengkelkan bentuk aktiviti yang bakal dijalankan dan ditubuhkan AJK Kecil atau Biro untuk melaksanakannya.

2.Program out-reach.
 

Satu bentuk kerjasama baru perlu dirumuskan dalam konteks khidmat masyarakat yang telah diadakan dimasa lepas.Ini bergantung kepada keperluan dan kehendak masyarakat dan kesediaan kerajaan Negeri untuk bekerjasama dan memberi ruang untuk kita sama-sama berperanan. Satu program “Doktor masuk kampung” telah dicadangkan dimana penekanannya ialah aspek kesihatan dalam rangka ubudiyah kepada Allah dan program akan dirangka bersama majlis agama supaya di intergerasikan dalam program mingguan masjid. Mereka yang berkelayakan dan berkaliber akan dipilih dan diberi kursus khusus oleh jabatan Agama. Satu modul atau kurikulum akan dirangka supaya pelaksanaannya nanti berbentuk seragam.

Persetujuan sedang dirundingkan dengan Pusat Perubatan An-Nisa’ sebagai satu jentera kerajaan Negeri untuk merangka program khidmat kesihatan dan berkhatan untuk masyarakat.Penganjuran aktiviti dimasa hadapan mestilah diputuskan oleh jawatankuasa kerja PPIM sendiri dan sebarang bentuk kerjasama dengan pihak lain dalam penganjuran aktiviti sedemikian mestilah penganjuran bersama atau dimana yang difikirkan sesuai –kita bekerjasama dalam bentuk menghantar ahli untuk bergiat dalam program tersebut berdasarkan kes-to –kes basis.Ini termasuklah semua aktiviti berteras kesihatan yang dianjurkan oleh NGO, badan kerajaan, parti politik-BN dan BA serta mana-mana institiusi kerajaan atau swasta .

3.Program pelajar.

Secara umumnya pelajar-pelajar Perubatan terbiar secara sendirian untuk mencari tarbiah Islam dalam memenuhi keperluan jasad dan ruh mereka. PPIM seharusnya memainkan peranan lebih aktif dalam pentarbiahan pelajar untuk mengenali Islam syumul serta membantu mereka dalam aspek yang berkaitan pembelajaran, kaunselling dan perancangan masadepan. Untuk tujuan ini satu Biro pelajar dicadangkan dengan penglibatan PPIM dalam program mingguan surau pelajar, pembentukkan usrah-usrah group dan terlibat sama dalam program orientasi pelajar baru dan aktiviti ko-Korikulum pelajar .Perundingan akan dilakukan dengan pihak HEP, Dekan , Pengerusi Ko-K dan persatuan pelajar dalam melaksanakan matlamat ini.

Pelajar juga akan dilibatkan dengan program kemasyarakatan, rakan Hospital ( kaunselling pesakit) dan aktiviti PPIM yang lain untuk menyediakan mereka sebagai bakal pemimpin yang berwawasan dalam memainkan peranan dalam pengislahan masyarakat melalui perubatan bila mereka bekerja kelak.Aktiviti PPIM bersifat kerjasama dengan MERCY juga akan melibatkam pelajar sebagai kumpulan sokongan.

5.Pengorganisasian.

Satu “ kumpulan pemikir” atau syura’ akan dibentuk untuk membincangkan isu-isu melibatkan kepentingan bersama. AJK induk akan dibentuk untuk menguruskan perjalanan harian PPIM. Aktiviti-aktiviti akan diletakkan dibawah pengawasan biro-biro tertentu yang akan ditubuhkan. Pengkalan kerja PPIM yang lalu ialah pejabat Timbalan Dekan. Kini keistimewaan itu telah tiada lagi. Kita kan cuba mendapatka satu tempat untuk dijadikan ibupejabat dan menempatkan sekretariat PPIM. Program sponsorship dan aktiviti ekonomi akan dijalankan untuk menjana sumber kewangan untuk melaksanakan program dimasa akan datang. Tiada lagi keadaan dimana jawatankuasa dekendaki melaksana kan program dan diharap menanggung kos nya dari duit poket sendiri! Kempen infaq juga akan dilaksanakan dikalangan mereka yang berkemampuan dan berminat dengan aktiviti dan kerja-kerja PPIM.

Kita juga ingin meminta supaya PPIM Pusat memberi lebih peranan kepada PPIM cawangan dalam 

melibatkan diri atau menghantar wakil diprogram peringkat nasional dan international. Penglibatan dalam bentuk syura dan juga aktiviti diperlukan supaya kita bertindak selari dan sentiasa sehaluan dengan apa yang dilakukan oleh PPIM Pusat.

Demikianlah ringkasan dari syura’ pertama PPIM Pantai Timur yang telah diadakan di bilik mesyuarat jabatan Immunologi pada22.3.2000 yang lepas dari jam 2.30 pm hingga jam 5.00 pm

Semuga amal ini diterima Allah sebagai amal soleh.
 

Wallahu’alam.

MINIT MESYUARAT KEDUA PPIM PANTAI TIMUR

Tempat : Bilik Mesyuarat JPM.

Tarikh: 16.4.00

Masa: 5.15-6.30 pm

Kehadiran:

Dr Amaluddin Ahmad

Hj Abdullah Sani

Mohd. Kholid

Dr Nurul Azman

Dr Shaful Bahari

Dr Jamil Yaacob

En Akmal

Mesyarat dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah dan salawat atas Rasulullah saw.

Agenda mesyuarat ialah untuk membincangkan kertas cadanganyang telah digariskan pada mesyuarat pertama.

1.PPIM Pantai Timur dalam rangka mendapat green light dari Pusat untuk melantik AJK Kerja sendiri, mempunyai sekretariat, tabung dan msyuarat Agung.

2.Perbincangan mengenai halatuju PPIM dimasa hadapan- untuk menjadi lebih neutral dan tidak memihak kepada sesiapa dan cenderung pada mana-manaparti politik tapi kekal menjadi satu broad-base umbrella organization untuk kerja-kerja Islam dan merangka hubungan baik dalam aktiviti dengan JK Islam yang lain seperti ABIM, Kerajaan Negeri, JKHI,KPPI dan Persatuan Kakitangan Islam.

3.Kerjasama dengan KPPI dalam perlaksanaan kurikulum berteraskan Islam dalam modul Ethics dan Behavorial science disemua fasa pengajian M.D.

JK ini diketuai oleh En Noor Akmal.

Suatu perbincangan lanjut peringkat jawatankuasa dan mereka-mereka yang berminat akan dikumpulkan. Suatu taklimat kemudian dicadangkan diadakan kepada semua penyarah yang terbabit untuk memberi panduan dan guideline bagaimana untuk mengimplimentasikanmisi tersebut semasa proses pengajaran. Bahan-bahan dari pelbagai sumber akan dikumpulkan dan disusun mengikut modul khusus. Semua penyarah yang berkecenderungan kearah Islam adalah dijemput menyertai j/k kerja ini. Ia akan dilaksanakan oleh KPPI dengan bantuan,sokongan dan penglibatan ahli-ahli PPIM.

4.Program outreach.

Program ini telah menjadi niche area kepada PPIM. Satu kertas kerja ‘mobile clinic ‘ dicadangkan

Disediakan oleh Dr Nurul Azman. Konsep paper mengenai bentuk kerjasama dan peranan bersama kerajaan Negeri dan NGO lain akan disediakan diperingkat AJK Pusat PPIM Pantai Timur. Ini termasuk bentuk kerjasama iaitu integrated bersama program pendidikan , tarbiah Islam dan khidmat kemanusiaan yang lain serta penumpuan kepada Perubatan Preventive dan Screening dan tidak lagi bersifat kuratif. Peruntukan dan perbelanjaan juga perlu disediakan penganjur dan PPIM mesti diiktiraf sebagai penganjur bersama.Satu mesyuarat dicadangkan bersama EXCO Kerajaan Negeri YB Annuar Tan untuk pembentangan kertaskerja serta perbincangan lanjut di peringkat Majlis Penyelarasan NGO.

5. Program kaunselling dan ziarah pesakit.

Program ini dicadangkan dibuat bersama-sama JKHI dan Rakan Hospital. Ini melibatkan kaunselling pesakit di Hospital dan terminal care serta kes kronik seperti palliative dan kanser.Satu modul lebih kemas dicadangkan supaya kaunselling itu benar-benarberteraskan KeIslaman. JK ini dicadangkan diketuai oleh Dr Jamil dengan input dari En Noor Akmal dan Hj Abdullah Sani

Pelajar Peubatan dan pelajar kaunselling IPTS seperti IPI dan Jaipetra mungkin dilibatkan untuk extension program ini diperingkat komuniti.

6.Program Dr masuk kampung.

Program ini dicadangkan oleh Dr Mohd Hashim ,yang masih bercuti sakit. Saya mencadangkan En Khalid turut serta. Satu rombongan lawatan perlu disusun dengan Majlis Agama supaya perbincangan lanjut mengenainya dapat dibuat. Dr yang berminat dan berkebolehan boleh dijemput menyertainya berdasarkan modul dan latihan yang akan dipersetjui bersama.Program juga boleh diadakan dengan kerjasama penghulu dan imam kawasan..

7.Program Belia dan Sekolah.

Skop program ini masih belum dibincangkan dengan teliti. Ia dicadangkan diketuai oleh Dr Mohd Hamzah. PPIM perlu mendapat kan penjelasan lanjut mengenai program yang pernah dilaksanakan disekolah dengan kerjasama Guru Besar suatu masa dulu.

8. Tarbiah untuk Medical Studentdan kumpulan sukarela.

Program ini akan saya ketuai sendiri. Perbincangan lanjut dengan Ustaz Suhaimi supaya diberi satu slot kuliah subuh pagi Jumaat untuk progam umum berbentuk pengajian Serah Rasulullah oleh seoang ustaz yang jelas fikrah Islam .

9. Homekeeping.

Penentuan AGM dan pembentukan Biro –biro serta perlantikan AJK Pusat PPIM Pantai Timur.

Pejabat dicadangkan di Lundang atau Pasir Tumbuh. Peruntukan perlu dicari untuk memboleh kan Pejabat PPIM dilengkapkan dengan infrastruktur seperti kerusimeja dan alat perhubungan seperti talipon dan faks serta mendapatkan sokongan kewangan untuk menjalankan aktiviti-aktivitinya.

10. Web page dan e-group.

Dicadangkan Dr Shaiful Bahari membantu dalam aspek ini bersama Dr Nurul Azman. Ini adalah untuk membolehkan perhubungan maya dikalangan ahli PPIM dan menyebarkan program dan aktiviti PPIM untuk tatapan semua ahli dan umum.

Mesyuarat disudahi dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr pada jam 6.30 pm. Jazakallahu khairan kathira’ diucapkan kepada mereka yang sudi hadir dan bersama menyumbangkan buah fikiran.

Sekian.