PPIM PANTAI TIMUR 3
News letter kepada ahli-ahli berdaftar PPIM Pantai Timur I
(Kelantan dan Terengganu)
Perutusan Pengerusi
Alhamdulillah , segala puji dan syukur dirafa’kan kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya dapat lagi kita mengecapi nikmatNya yang tak terhingga banyaknya dialam maya ini. Biarlah ia menjadi satu asset kepada kita untuk berubudiyah kepadaNya supaya kita termasuk dalam salah satu golongan yang disebut oleh Rasulullah saw dalam hadith nya-golongan manusia yang mendapat nikmat dan kesenangan dunia dan mendapat nikmat dan kesenangan akhirat disisi Allah kelak.
Selawat dan salam atas junjungan Rasulullah s.a.w. , qaid dan petunjuk kejalan kebenaran yang kita turuti sunnahnya sebaik mungkin dalam mencapai mardhatillah.Begitu juga kepada keluarganya, para sahabat,tabiin dan mereka-mereka yang menuruti jalan kebenaran sambung menyambung hingga kehari kiamat.
Dengan izin Allah jua, sessi 2000/2001 telah menyaksikan barisan kepimpinan baru diperingkat PPIM Pusat.Sedikit perubahan juga berlaku diperingkat PPIM Pantai Timur dimana pengerusi yang lepas- Prof. Madya Abd. Rashid telah bercuti sabatikal keluar negara.Saya dengan ini dengan rendah hati mengambil tugas dan tanggungjawab sebagaimana diamanah kan oleh kepimpinan Pusat untuk mempengerusikan PPIM Pantai Timur untuk tempoh 2 tahun akan datang.
Kita telah bermula dengan mengadakan satu majlis ‘passing-over ‘ dan syura’dikalangan ahli exco PPIM yang telah bergiat aktif dimasa lepas.Satu garispanduan matlamat dan polisi telah digariskan. Ia telah diapungkan didalam web
https://members.tripod.com/PPIM/   untuk tatapan semua ahli.Ahli juga digalakkan untuk subcribe kepada e-group ppim-pantai timur ini untuk memudahkan perhubungan maya secara dua hala.
Mesyuarat kali ke dua –yang merupakan mesyuarat jawatankuasa kerja juga telah diadakan pada 16.4.2000 . Ia telah menggariskan program -program yang telah dipersetujui bersama yang akan dilaksanakan dimasa akan datang.

Isu utama yang dibangkitkan

1. Housekeeping.

PPIM perlu bergerak secara lebih effisien dan proffesional. Kita memerlukan sebuah pejabat sebagai pusat dan markaz aktiviti-aktiviti dan dimana ahli boleh bertemu dan berbincang.Saya ingin menawarkan premis saya di PT 288, Taman Desa Kujid, Jalan Hospital sebagai markaz.Ia mempunyai ruang lobi berukuran 10X 40 untuk ruang tamu dan meja mesyuarat seta bilik tayangan. Sebuah bilik 10X 12 sebagai bilik tamu dengan built in toilet. Sebuah bilik 10X 8 sebagai pejabat,sebuah bilik setor dan dapur.

Premis ini masih kosong. Kita memerlukan item berikut untuk melengkap kan markaz ini yang boleh diusahakan secara beransur-ansur.

  1. Refurbish – cat dan minor structural adjustments.
  2. Cat dan wiring yang perlu.
  3. Sette untuk ruang tamu
  4. Permaidani
  5. Meja mesyuarat – jika boleh yang boleh memuatkan 20 orang.
  6. Screen tayangan dan peralatan AVA seperti TV .,player dsb.
  7. Kelengkapan bilik tetamu untuk bermalam- katil dan tilam seta bantal
  8. Meja pejabat dan komputer
  9. Talipon dan fax machine
  10. Peralatan dapur ala kadar untuk menjamu tetamu
  11. Rak untuk setor bagi penyimpanan ubatan dan alatan lain.
  12. Stationary dan letterhead print.
Ahli-ahli yang berminat infaq peralatan , memberi sumbangan kewangan atau tenaga digalakan berhubung terus dan meyatakan hasrat atau kesanggupan saudara/i melalui e-mail e-group ppim pantai timur atau terus kepada mana –mana ajk atau dialamat saya di amal@kb.usm.my
2. Program klinik UMMAH dan outreach
Konsep paper telah disediakan. Ahli akan dikirimkan broucher program bila ianya siap nanti.Program akan dilaksanakan berdasarkan konsep kerjasama 3 pihak.PPIM sebagai service provider. Host-mana-mana pihak yang memerlukan perkhimatan-kerajaan negeri atau badan berkanun,parti politik atau organisasi swasta dan siapa saja- dikehendaki berhubung dengan sekretariat dan ditetapkan jadual dan tempat serta masanya. Satu master list untuk setahun akan disediakan.Host perlu menyediakan prasarana untuk program.Pihak ketiga ialah sponsor atau penaja. Program yang telah finalised perancangan nya-serta telah dibuat ketetapan masa dan tempat akan diwar-warkan kepada umum untuk penajaan. Penajaan akan diserahkan kepada sebuah badan fundraising yang proffesional iaitu Perdana creative Sdn. Bhd.
Program dicadangkan bersifat integeratif dan comprehensive beserta program pendidikan,tarbiah Islam,khidmat perubatan dan khidmat kemanusiaan .Khidmat kesihatan dicadangkan lebih bersifat screening dan preventive. Aspek community research juga akan diterapkan sepanjang program.
Ahli-ahli PPIM sangat digalakkan untuk bersama turut serta menymbangkan tenaga sebagai initiator program dan service provider. Kawasan operasi meliputi Kelantan dan Terengganu.
3. Program-program lain seperti yang tertera dalam wepage seperti program kaunselling dan ziarah pesakit, program untuk medical student, progam belia dan sekolah, doktor masuk kampung akan dilaksanakan diperingkat tempatan dan lokaliti.PPIM juga akan bekerjasama dalam Majlis Penyelarasan NGO negeri dan menyokong serta meyumbang aktiviti-aktiviti pihak lain yang berteraskan Islam.
Pada final count dimasterlist yang dikirimkan oleh Pusat, PPIM PANTAI TIMUR mempunyai seramai 162 ahli berdaftar- 111 di Kelantan dan 51 di Terengganu. Saya amat yakin ,jika semua ahli dapat digembelingkan tenaga PPIM Pantai Timur akan dapat bergerak cergas dan dapat menyumbang dengan cara berkesan kearah Islah masyarakat dengan program-program yang berkualiti, high impact dan value-added.
Untuk membolehkan kerja-kerja perlaksanaan program berjalan lancar, saya ingin mencadangkan supaya ahli-ahli dapat membuat sedikit infaq kewangan eg. RM 100.00 sebulan secara istiqamah ditujukan terus ke Tabung PPIM Akaun : Bank Islam 0303-601-000-5409

Semuga dengan ini PPIM akan dapat diuruskan secara cekap dan professional dengan kakitangan tetap dan bergaji di sekretariat yang dicadangkan.

Wallahualam.
 

Ahli digalakan memberi feedback melalui e-mail atau surat ke alamat:
 

Dr Amaluddin bin Ahmad

Unit Perubatan Keluarga
USM Kubang Kerian 16150
Kelantan.
Tel : 09-7651711 ext 2177/ 2157 ( sec) e-mail : amal @kb.usm.my Pager : 242
09-7656296 ( rumah), Hand set : 019-9812092
web site PPIM Pantai Timur: https://members.tripod.com/PPIM/
e-group: http://www.egroups.com/members/PPIMKelantan